Save Palestine!


February 12, 2009

Macam-macam hal telah berlaku.....

Macam-macam hal telah berlaku di seluruh pelusuk dunia dalam tempoh seminggu dua ini dan antara yang menarik perhatian.

Australia Terbakar? : Sehingga kini, dilaporkan angka korban melibatkan 181 kematian dan 80 masih hilang. Lebih 1 juta binatang terbunuh mengikut Perkhidmatan Penyelamat dan Kecemasan Haiwan Victoria. Agaknya termasuklah kangaru, beruang koala, serigala, musang, tikus, ular, ayam hutan (ada ke?), 750 buah rumah hangus dan beribu-ribu orang hilang tempat tinggal. Kebakaran melibatkan kawasan sekitar 2,200 km persegi atau bersamaan 400,000 hektar hutan dan belukar. Ini semua musibah.... Kerajaan Australia berkata, kebakaran ini disengajakan dan sedang disiasat!!!....Api masih marak dan pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melawan kebakaran tersebut. Paderi Danny Nallilah, Ketua Gereja Pentecostal berkata, ia adalah balasan Tuhan di atas dosa manusia membernarkan PENGGUGURAN!!!! "Saya mesti memberitahu orang ramai apa yang mereka perlu dengar, bukan apa yang mereka mahu dengar"....Ingatlah, sekiranya Allah menjatuhkan sesuatu musibah dan bencana, bukan yang berdosa sahaja yang menerima padahnya.... saekor semut menggigit kaki, seluruh sarang semut dibakar.....

Pilihan Raya Israel: Tidak penting siapa yang menang di antara Benjamin Netanyahu vs Tzipi Livni untuk menjadi PM Israel. Walaupun dikatakan, kemenangan Livni akan lebih condong untuk menyerahkan tanah bagi dijadikan negara Palestin sebagai peransang kepada pentadbiran Obama.....itu semua dusta semata-mata!!! Israel tetap sebagai Yahudi yang sentiasa berbohong. Sejarah telah banyak membuktikan pembohongan Yahudi!!!.....tanda-tanda manusia hipokrit , bila bercakap bohong!, bila berjanji mungkar! dan khianat apabila diberi amanah!. Ini sabda Rasullullah SAW. Bukalah kitab, tanya ustaz dan tok imam kalau memerlukan kepastian.

Pilihan Raya Kecil P59 Bukit Gantang (BG), Perak: Esok (Jumaat) SPR akan bermesyuarat dan menentukan tarikh PRKBG. Takdir Allah,..... dalam sibuk-sibuk Dr.Zambry mengangkat sumpah sebagai MB yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan melantik 4 EXCO, Roslan Shahrum MP BG kembali ke rahmatullah akibat sakit jantung. P/Raya kecil perlu diadakan semula dalam tempoh 60 hari bagi memberi mandat kepada Rakyat BG membuat pemilihan wakil rakyatnya. W/Bagaimana pun, keputusan PRK ini tidak akan merubah Kuasa Pentadbiran Kerajaan N.Perak yang dipegang oleh MB baru??? Kecuali suatu perkara lain berlaku........Mengikut rekod, Penggundi P59: 55,471 orang. Melayu 63.5%, Cina 27.1%, India 9.1% dan lain-lain 0.3%. PRU 12 dulu, PAS mengalahkan UMNO dengan 1566 majoriti. Bebas hilang deposit dengan 872 undi sahaja. Adakah PRK kali ini akan menambah bilangan majoriti PAS, sekiranya PAS sebagai calon. Atau menambah majoriti PKR atau DAP atau HINDRAF???....atau sokongan kepada calon BN semakin berkurangan kerana emosi dan dendam rakyat Perak yang disembur dengan gas pemedih mata belum padam-padam lagi?....Adakah ini sebagai pentas meluahkan rasa sedih dan kesal di atas "coup d'etat" yang berlaku??? atau rakyat P59 akan melompat menyokong BN seperti kisah sikatak lompat di Perak kerana janji-janji manis yang akan dipersembahkan dan tidak lagi menaruh harapan kepada PKR????.....

Pilihan Raya Kecil N25 DUN Bukit Selambau (BS), Kedah: SPR belum membuat keputusan sama ada PRK akan diadakan tertakluk kepada bukti sahih peletakan jawatan Arumugam sebagai ADUN BS yang menang atas tiket bebas dengan majoriti 7695 undi mengalahkan S.Krishnan BN. Kemudiannya menyokong PKR. ..Esok (Jumaat) juga, SPR akan membuat keputusan. Apa lagi bukti sahih yang diperlukan oleh SPR jika Tuanku Sultan Kedah telah perkenan peletakan jawatan ini? PRK ini juga tidak merubah Kepimpinan Kerajaan N.Kedah sedia ada. Tapi, adakah keputusannya nanti sebagai tanda protes rakyat N25 terhadap apa yang berlaku di N.Perak? atau menyokong BN kerana Dato' Najib dari Pahang bukan dari Kedah sebagai bakal PM selepas Mac nanti? Penggundi N25 seramai 34,977 orang. Melayu 50.2%, India 29.5% dan Cina 19.3%. Bagaimana boleh terjadi Arumugam menang dengan majoriti 7695 dalam PRU dahulu sedangkan penggundi India hanya 29.5% ???? Adakah kerana lambang parti?....tidak, kerana beliau calon bebas melata ikut suka!!!adakah S.Krihnan tidak dicintai oleh rakyat N25?...adakah undi PROTES???? Tolak campur, fikir lah sendiri....

Kita akan bertemu kembali di dalam PETUA bagi menawan DUA BUKIT ini. Nak tau, tungguuuuuuuuuuuu...................

Salam,

AJ


2 comments: