Save Palestine!


January 10, 2009

Minggu Pertama Januari 2009

Korban Jalanraya


Macam-macam telah terjadi dalam minggu pertama tahun 2009. Kita dikejutkan dengan kemalangan jalanraya di Kuala Krai, Kelantan yang mengorbankan 10 orang termasuk keluarga 4 beranak ditempat kejadian. Ini belum termasuk kejadian kemalangan ditempat-tempat lain melibatkan korban nyawa....dan cedera parah. Kempen keselamatan jalan raya masih tidak menunjukkan kesan. Kempen-kempen akan dimulakan dengan pengedaran poster, risalah, sticker oleh Pak Menteri , YB, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya di tol-tol plaza dan ditepi-tepi lebuhraya. Lazimnya, berita perdana dan dada-dada akhbar akan mempamirkan gambar-gambar tersebut beserta berita sebagai bahan kempen. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk ini. Lepas tu.........senyap. Kalau ada musim perayaan, buat lagi kempen. Belanja lagi juta-juta ringgit...ops sikap dah sampai ops sikap keberapa entah? Kemudian dikeluarkan lah statistik......kemalangan melibatkan pejalan kaki, penunggang motosikal, kereta, lori, pengangkutan awam di jalan Persekutuan, lebuhraya dan lain-lain. Akhirnya, kesimpulan dibuat 97% kemalangan adalah disebabkan kelalaian dan kecuaian manusia. Diperbuat perbandingan lah dengan Australia, New Zealand dan Negara-negara maju lain. Teori ni dah lama, dah lebih 40 tahun. Masih releven lagi kah teori ini?....correct, correct, correct....

Kempen pakai talipinggang tempat duduk belakang pulak diwar-warkan. Denda sampai dua ribu ringgit kalau tak pakai? aduh,......dah 1277 saman dikeluarkan. Kalau betul ini lah sebabnya banyak nyawa yang terkorban semasa kemalangan di jalanraya, gantung aje lah lesen pemandu tu selama 6 bulan ke. Baru lah masyarakat akur dengan peraturan ni. Berbalik kepada kemalangan jalanraya tadi yang melibatkan kematian,
mana perginya sistem KEJARA yang pernah diperkenalkan satu masa dulu? Mengapa tidak pemandu yang bersalah melibatkan nyawa terkorban digantung lesen selama sekurang-kurangnya 3 - 5 tahun dan perlu menduduki ujian memandu semula serta dibawah "condition" selama satu tahun untuk melayakkan mereka setaraf dengan pemandu yang "baik-baik". Tapi, pastikan tidak berlaku lagi cerita-cerita "lesen terbang", lesen boleh "dibeli" dan macam-macam lagi yang tak sedap telinga nak dengar. Dah la tu cerita kat jalanraya. Kalau panjang lagi, ada yang panasssss pulak!

KT Sapa Punya?

Ni kat Kuala Terengganu pulak. 6hb Januari 09, penamaan calon kawasan P36 Parlimen KT. 3 calon akan berentap kerusi P36. Berduyun-duyun lah ahli politik tanah air berkampong di KT. Hotel habis. Chalet habis. Rumah tumpangan habis. Homestay habis. Kena sewa rumah orang kampong pulak.... Yang terkejut tu, lebih 10 orang Pak Menteri dalam satu kapalterbang pada petang 5hb Jan lalu. Duduk kat kelas ekonomi pun tak apa. Nak bagi sokongan.....dan nak tunjuk muka (Bulan Mac kan dah dekat ni.....). kalau lah terjadi apa-apa kat kapalterbang tu.........banyaklah pilihanraya kecil diadakan dimerata tempat...... Nau'zubillah!!!.

Kesian abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik polis kita tidur dalam khemah macam kat padang Arfah. Ya lah, mana nak disumbat lagi, kan semua tempat dah penuh!!! Katanya sampai 6000 orang mereka semua nak jaga keselamatan kawasan KT. Saya dengan kawan seperjuangan berselisih dengan 2 buah lori 'water cannon' beserta dengan convoynya sekali. Seram sejuk dibuatnya.....macam nak gi kawasan rusuhan pulak. Elok juga, mereka sediakan payong sebelum hujan lebat, sebelum guruh dan halilintar membelah bumi!!!


Dalam kempen pilihanraya kecil lebih kurang 12 hari ni, macam-macam ragam manusia boleh dilihat. Macam-macam lakonan yang pelik-pelik juga boleh dituntun. Kalau ada pengarah filem yang hebat-hebat, tentu boleh buat filem "KT Sapa Punya?". Pak Menteri minum kopi kat warung...tak lagi kat coffee house 6 stars hotel, YB merayau kat pasar Payang jumpa pengundi...tak lagi merayau kat Dubai untuk shopping. Tiba-tiba je muncul rawatan perubatan percuma secara begerak oleh anak-anak buah parti politik (dulu tak de pun!!), ceramah dimerata tempat sampai menanah telinga nak dengar, macam-macam janji manisssss-manisssssss belaka. Mula lah kutuk orang sana dan orang sini, semua yang mereka buat tak betul, hanya saya yang betul belaka. Sehingga kita terlupa peristewa Bukit Antarabangsa, kisah 'BERSAMA MU', dah setahun Sharlinie hilang, Datuk K nak saman penyebar fitnah, seronoknya Mawi dengan Ekin atas pelamin, Engku Aziz merajuk dan meletak jawatan YDP Angkasa dan sahabat-sahabat kita yang disamun dan dirompak.


Kat KT, habis kain pelikat, kain batik, tudung bawal dijadikan sebagai buah tangan......maklumlah, datang dari jauh....baru ni nampak muka.... Tapi, ni rezki orang KT........upah tampal poster, pacak bendera parti, siapkan sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam, makan dinihari sampai pagi....sampai tak larat nak makan, semua FOC. Kalau boleh sebulan ke, dua bulan ke, kempen ni lagi bagus!!! Tak berasap dapur kat umah. Bila lagi orang KT nak balunnn? ni lah masanya nak tambah rezki. Pangkah tak tentu lagi.......nak pangkah timbang ke? nak pangkah bulan ke? nak pangkah orang yang suka bebas melata ke? ikut suka hatilah......................janji, jangan sampai menang sorak, kampong tergadai........kita tunggu tarikh 17 Jan 09 nanti. KT sapa punya? Pak nujum belum sempat nak telek dalam mangkuk putih lagi........


Yahudi Yang Zalim


Ni pulak kisah Yahudi laknat buat angkara. Dah 14 hari bermaharajalela. Bergelimpangan mayat rakyat Palestin di Gaza. Tua, muda, belia, anak dara dan kanak-kanak dibaham bom berangkai jet-jet Israel. Hamas hanya bersenjatakan pelancar roket, nak melawan jet pejuang, kereta kebal, senjata canggih, hatta anjing tentera yahudi pun dilekatkan dengan kamera serta walkie-talkie. Hingga hari ini, diberitakan dah 783 rakyat Palestin terkorban dan lebih 3000 yang cedera dan cedera parah. Bertambah lah bilangan anak-anak yatim, yatim piatu dan balu-balu. Ada cerita mengatakan mereka kumpul 110 rakyat Palestin dalam satu rumah sebagai tempat pelindungan kononnya, kemudian dibom rumah tu.....ZALIM, ZALIM, ZALIM.....macam Hitler pernah buat dulu. Arahan gencatan senjata PBB tidak dipedulikan. Demonstrasi menentang kezaliman zionis serata dunia tidak diendahkan. Bendera Israel, US, patong Bush dibakar, dibaling dengan kasut. Ada yang terjun belon dari menara sebagai tanda protes??????Tapi, Israel kebal macam kereta kebalnya....sebab ada US dibelakangnya. Pemimpin US naik disebabkan sokongan dan bantuan kuat keparat-keparat Yahudi. Maka Ada yang mencadangkan diboikot semua produk US, dagangan guna dollar US dihentikan, berhenti kerja di McD, KFC, starbuck kerana semuanya kroni US. Adakah ini semua memberi kesan kepada US dan Israel?.....tak memberi kesan apa-apa pun. Macam curah garam ke laut saja.........

Mengapa sunyi sepi pemimpin masyarakat Arab? Mana pergi nya negara-negara Islam yang berjiran? Mana Iran yang nak melenyapkan Israel dari peta dunia? Mana pergerakan Fatah dan Hizbullah?............kita hanya menjadi penonton kepada mayat-mayat saudara kita yang bergelimpangan, darah mercik dimerata bumi Palestin, anak-anak Palestin kebuluran dan hospital kehabisan ubat. Palestin sekarang adalah medan PERANG! Tindakan Yahudi adalah tindakan penghapusan ethnik Palestin. Saling tak tumpah macam Bosnia dulu! Pendek kata, ISRAEL vs PALESTIN = PERANG SABIL!!!!!! Allahu Akbar. Bangun lah Muslimin! bangunlah Muslimat! bangunlah Mukminin! bangunlah Mukminat! Tadahlah tanganmu mohon pertolongan dan bantuan Allah Rabbul Jalil supaya dilindungi, diselamatkan dan diberi kekuatan kepada rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis. Ingatlah, "Selemah-lemah iman seseorang itu, ialah yang hanya menegur didalam hatinya sahaja.............."


Kita jumpa lagi, Insya' Allah....

Salam,

AJ.