Save Palestine!


February 6, 2009

HANG JEBAT PERAK vs HANG TUAH KELANTAN

Masa kita belajar subjek sejarah dulu, kita hanya tahu cerita Hang Jebat yang bertikam keris dengan Hang Tuah kerana Jebat MENDERHAKA dan tidak setia kepada titah Tuanku Sultan Melaka. Tu zaman dulu kala, zaman belum ada komputer dan teknologi ICT. Alaf moden ni, tak adalah bertikam keris lagi.....tak cun la main tikam-tikam keris!!! main tikam-tikam lidah lagi tajam dari keris. Maka bertikam lidah lah Hang Jebat Perak dengan Baginda Tuanku. Macam-macam alasan ada...Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa:

"If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council"
dan macam-macam lagi..bla..bla..bla.....baca la sendiri.

Pak Shabery Cheek kata, MENDERHAKA tu namanya. Kalau zaman dulu, dah tentu Jebat ni kena hukum. Rupa-rupanya nun jauh di Negeri Cik Siti Wan Kembang, "Sifu" si Jebat ni pun berkata "Titah Baginda Tuanku mesti dijunjung. JANGAN MENDERHAKA!!!". Tak tau la teman....kalau dia turun ke Perak, teman bimbang berulanglah peristewa Jebat vs Tuah......atau menjalankan perintah Tuanku supaya si Jebat di campakkan ke Pulau Pangkor....

Syabas dan Tahniah YB.Dr. Ahmad Zambry, ADUN Pangkor bakal MB Perak yang baru....tapi tak tentu lagi, petang ni baru nak angkat sumpah....tahniah juga bakal-bakal EXCO nya yang sedang pasang badan dan nak bergaya dengan Camry baru...tak tentu lagi juga, besok baru angkat sumpah. Yang akan datang, walaupun satu saat....belum dikira jadi lagi!! Allah dah janji dalam Quran. Tanya lah ustaz, tok imam, tok kadi kalau tak percaya!!!.

Takziah kepada Hang Jebat Perak dan hulubalang-hulubalang nya. Jangan bersedih sangat walau pun baru berapa bulan je guna Camry tu dan tak siap lagi projek-projek yang dirancang...dunia macam tayar camry je!!! hari ni lompat kesana, esok lompat kesini, lusa lompat kesana pulak....semua boleh. Yeop boleh!!! Kalau lepas satu bulan dari sekarang, three stooges tu lompat semula masuk parti Hang Jebat camana?????? wah-wah, angkat sumpah semula kat istana Tuanku la Hang Jebat dan kaum kerabatnya....ATAU kita sunat three stooges tu, ikat kat pokok dan letakkan sarang kerengga.....tentu bila dah bengkak-bengkak si anu tu, three stooges tak boleh lompat lagi...

What's next ????? wait and see la,....

Salam dari Hang Kasturi...

AJ