Save Palestine!


February 8, 2009

Apa Akan Terjadi Selasa Ini?

Malam tadi kira-kira 300 orang telah berkumpul dan memasang lilin di luar kawasan sekolah Cina tempat berlangsung majlis menyambut Tahun Baru Cina di Ipoh sebagai tanda berkabung "Demokrasi telah berkubur di Perak" kata mereka. Maknanya, mereka menzahirkan perasaan tidak puashati cara Kerajaan Perak yang baru ditubuhkan. Adakah ini mewakili kumpulan yang lebih besar? atau mewakili rakyat Perak? atau hanya kumpulan kecil ini saja yang tidak berpuashati?...

Kita difahamkan, MB di bawah kepimpinan baru Kerajaan N.Perak akan membuat pemilihan dan melantik barisan Panglimanya (EXCO). Majlis mengangkat sumpah akan diadakan pada Selasa ini.

Dapatkah kita meramalkan apa yang akan terjadi pada Selasa ini? Adakah peristewa yang berlaku pada Jumaat lalu berulang kembali? Adakah rakyat Perak akan keluar beramai-ramai lagi sebagai tanda protes? atau hanya menonton dari jauh kerana takutkan tembakan gas FRU? atau bersorak dengan penuh kegembiraan seperti menyambut kepulangan Dr.Muzaffar pulang dari angkasa lepas?

Jangan biarkan api membakar sekam, MERBAHAYA!!!...Merbahaya untuk jangka masa yang pendek... dan merbahaya untuk jangka masa yang panjang. Siapa yang rugi??????

Kita tunggu dan lihat!....sampai bila polemik politik ini akan berakhir....

AJ.

3 comments:

  1. apa pun yang terjadi pihak fru telah bersiap sedia dengan lebih banyak water cannon dan gas pemedih mata untuk penderhaka-penderhaka semua.

    ReplyDelete